Thursday, November 27, 2014

Maksud di sebalik " the hands that heal....." motto hanya sekadar kata-kata


Assalammualaikum semua.....

Mungkin ade yang tertanya kenapa moto centre kami berbunyi " THE HANDS THAT HEAL...."

Sebenarnya motto ini hanya simbolik sahaja....Kami sebagai orang islam haruslah percaya semua yang berlaku adalah kehendakNya..... Akan tetapi kita sebagai hambaNya di suruh untuk berusaha,,,

Sebagai seorang fisio ataupon dikenali sebagai physical therapy, kami mempunyai skill tersendiri yang telah kami pelajari dengan izinNya .... 
seperti yang sedia maklum.. pesakit yang pernah mendapatkan rawatan dan mengetahui tentang fisioterapi, seharusnya mengetahui bahawa kami mnggunakan tangan(physical) kami untuk membuat rawatan  dan dengan izin Allah juga , in shaa Allah segala penyakit akan beransur pulih.

Kami bukanla untuk berlagak pandai dan proses pembelajaran hal yang berkaitan agama kami masih jauh namun begitu kami juga mengetahui hukum. kami cuma ingin tegaskan disini bahawa motto kami " THE HANDS THAT HEAL" hanyalah sebagai kata-kata semangat yang menjurus kepada rawatan yang menggunakan tangan/fizikal kami untuk membantu orang ramai dan selebihnya (proses penyembuhan/tawakal) adalah dari Nya.

Sama la juga contohnya kita makan ubat yang diberi oleh doktor....kenapa tidak terus kite berdoa sahaja dan kenapa kita masih makan ubat yang diberi oleh doctor??,..ini kerana Allah sendiri sudah menyuruh kita supaya untuk berusaha untuk menjadi sihat dah salah satu caranya dengan memakan ubat...maka bukan ubat sebagai penyembuh azali tetapi satu alat  perantaran/cara untuk kiter  sembuh.
Usaha + Doa + tawakal.

Dengan adanya motto sebegini, orang ramai akan lebih terkesan dan fokos bahawa motto tersebut merujuk kepada centre kami.

Jadi..jangan la ade yang menyalah erti kan perkara ini untuk menjadi lebih serious. Bukan niat kami untuk mempertikai, dan terima kasih juga kerana memberi pelung kepada kami untuk menerangkan maksud disebalik motto kami.




~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms










No comments:

Post a Comment