Thursday, December 18, 2014

senaman oh senaman...

assalamualaikum semua...

dah lama rasanya kami tak update blog kami ni...sejak kebelakangan ni kami agak busy sedikit...pesakit untuk rawatan ke rumah bertambah ramai..alhamdulilah..
semakin ramai yang mempercayai kami untuk melakukan rawatan dirumah..dengan harga yang berpatutan dan rawatan yang tidak bebelah bahagi.... serta berkat doa dan kuasa yang maha kuasa..in shaa Allah..dapat disembuhkan..

tetapi ada jugak yang sering kali mnyalahkan physio..kenpa tak bertambah ok...
hurmmmm... semua perlu tahu yang setiap proses pemyembuhan penyakit bergantung kepada condition pesakit dan kekerapan pesakit melakukan senaman... maka hipotesis yang dapat dibuat ialah.."semakin banyak senaman yang dilakukan semakin cepat proses penyembuhan berlaku"

"tapi saya malas nak lakukan senaman.."
"senaman leceh la.."
"takde masa nak buat senaman.."
"kalau bagi modalities je..tak yah senaman pon bolehkan...?? boley jugak baik kan..?"
"kalau nak bersenam kene ader member baru best.."
"nak bersenam kat rumah...cam tak best je"
"tak de tempat yang sesuai untuk bersenam la"
"gym jauh...cam ne nak bersenam"...

aduhaiiiii...banyaknya alasan...
macam mana nak baik kalau tak bersenam ni.... semua penyakit perlukan senaman untuk kuatkan semula otot yang telah cedera mahu pon yang belum cedera..jadi..nak tak nk kene la bersenam semua...

kebaikan senaman kepada tubuh..

  • dapat menguatkan otot tubuh badan
  • membetulkan posture tubuh 
  • menyihatkan tubuh
  • mencergaskan otak
  • mengluarkan peluh dan toksid yang berada dalam badan
  • membantu mengekalkan berat badan yang ideal
  • mengelakan daripada pelbagai penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung, diabetes dan sebagainya
  • awet muda ( yang ni kami suka )...wink..wink..
  • mengurangkan tekanan @ stress


so.....marilah kita bersenam bersama



~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms









Thursday, December 4, 2014

Di Pusat Fisioterapi Kami ~~

Assalamualaikum semua ......

Di pusat fisioterapi kami, pesakit yang selalunya datang adalah untuk mendapatkan rawatan yang berkaitan dengan otot,tulang dan tisu.

Antaranya :-
1. sakit lutut ( knee injury / knee pain )
2. sakit belakang ( back pain )
3. sakit leher (neck pain)
4. sakit bahu ( shoulder pain )
5. terseliuh ( sprain )
6. kekejangan ( strain )
7. kecederaan pada tisu otot ( soft tissue injury ) dll....

Ini adalah antara beberapa gambar di pusat fisoterapi kami....



Pic 1 :- penggunaan walking frame 



Pic 1 :- senaman menggunakan static bicycle 


ada macam-macam lagi rawatan yang pihak kami tawarkan bergantung pada jenis sakit seseorang itu....    

dan yang paling best sekali ....!!!!

harga atau caj yang kami kenekan adalah tidak mengikut masa atau jenis barang ( modalities ) yang kami gunakan semasa merawat.....

so.... apa yang anda perlu lakukan cuma hubungi kami di no :- 
03 - 40400454  atau cuma


Picoms - Maiwp Pusat Physiotherapy and Rehab





~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms

Friday, November 28, 2014

~ waktu berkerja unit physio centre picoms ~

Assalamualaikum semua...

Alhamdulilah...kita masih bernafas dibumi Allah ini... syukur padamu ya Allah..
Hari ni alhamdulilah..kami dapat bergerak ke beberapa buah rumah pesakit dan menyelesaikannya...antara tempat yang kami pergi adalah yang terdekat kampung baru dan yang terjauh sikit area balakong, cheras pagi tadi..kemudian kami juga menerima kunjungan pesakit yang datang sendiri ke centre kami untuk mendapatkan rawatan.

Hari ni nak bercerita sedikit tentang masa operasi untuk centre kami.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya...jam berapa kami bekerja ??...sabtu dan ahad buka ke...????

Untuk pengetahuan semua kami mula bekerja dari :


10.00am sehingga 7.00pm

Dan kami bekerja :


Sepanjang minggu : Isnin sehingga Ahad (kecuali public holiday)

Jadi kepada semua yang mempunyai ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan physio kami, dan risau tentang masa perkhidmatan kami, boleh la tersenyum lebar..kerana kami akan memberi perkhidmatan kepada pesakit berdasarkan kesesuaian masa keluarga anda dan kesesuaian masa kami juga..
Hubungi  kami dulu seperti nombor dibawah...bertanya lebih lanjut dan kami akan melayan anda semua seperti keluarga... keutamaan kami adalah kebaikan kesihatan sekeluarga.




Office - 03-40400454


~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms


Thursday, November 27, 2014

Maksud di sebalik " the hands that heal....." motto hanya sekadar kata-kata


Assalammualaikum semua.....

Mungkin ade yang tertanya kenapa moto centre kami berbunyi " THE HANDS THAT HEAL...."

Sebenarnya motto ini hanya simbolik sahaja....Kami sebagai orang islam haruslah percaya semua yang berlaku adalah kehendakNya..... Akan tetapi kita sebagai hambaNya di suruh untuk berusaha,,,

Sebagai seorang fisio ataupon dikenali sebagai physical therapy, kami mempunyai skill tersendiri yang telah kami pelajari dengan izinNya .... 
seperti yang sedia maklum.. pesakit yang pernah mendapatkan rawatan dan mengetahui tentang fisioterapi, seharusnya mengetahui bahawa kami mnggunakan tangan(physical) kami untuk membuat rawatan  dan dengan izin Allah juga , in shaa Allah segala penyakit akan beransur pulih.

Kami bukanla untuk berlagak pandai dan proses pembelajaran hal yang berkaitan agama kami masih jauh namun begitu kami juga mengetahui hukum. kami cuma ingin tegaskan disini bahawa motto kami " THE HANDS THAT HEAL" hanyalah sebagai kata-kata semangat yang menjurus kepada rawatan yang menggunakan tangan/fizikal kami untuk membantu orang ramai dan selebihnya (proses penyembuhan/tawakal) adalah dari Nya.

Sama la juga contohnya kita makan ubat yang diberi oleh doktor....kenapa tidak terus kite berdoa sahaja dan kenapa kita masih makan ubat yang diberi oleh doctor??,..ini kerana Allah sendiri sudah menyuruh kita supaya untuk berusaha untuk menjadi sihat dah salah satu caranya dengan memakan ubat...maka bukan ubat sebagai penyembuh azali tetapi satu alat  perantaran/cara untuk kiter  sembuh.
Usaha + Doa + tawakal.

Dengan adanya motto sebegini, orang ramai akan lebih terkesan dan fokos bahawa motto tersebut merujuk kepada centre kami.

Jadi..jangan la ade yang menyalah erti kan perkara ini untuk menjadi lebih serious. Bukan niat kami untuk mempertikai, dan terima kasih juga kerana memberi pelung kepada kami untuk menerangkan maksud disebalik motto kami.




~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms










Wednesday, November 26, 2014

Fisio Datang Rumah Anda !!!!

assalammualaikum semua............

Ada ahli keluarga yang sakit?????
Susah untuk bergerak bagi mendapatkan khidmat fisio????
Masalah parking & jam yang melampau???

Berita baik untuk semua...!!!!    Kami sedia membantu anda !!!
^
^
^
^
^
^
^
^
Fisio datang ke rumah anda dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan harga yang berpatutan !!! ............

perghhhhhhhhhhhhh..................seronok giler,.......

Apa yang anda perlu lakukan cuma hubungi kami di no :-
03 - 4040 0454

tak sabar menunggu panggilan anda semua ~yang tak sakit telifon la untuk  yang sakit ~(^_*) 

~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms

Tuesday, November 25, 2014

~ Perkhidmatan physio yang ditawarkan ~

Assalamualaikum semua...

kami masih disini..menjalankan tanggungjawap dan menyalurkan perkhimatan kepada semua yang memerlukan perkhidmatan physiotherapy. Alhamdulilah sudah hampir setahun kami bertapak disini dan alhamdulilah, sudah banyak kes yang kami rawat.

Mulai hari ini kami akan sentiasa update kami punya aktiviti walaupun kekangan masa, jadi kepada yang memerlukan perkhidmatan kami... jangan malu dan jangan segan untuk mendapatkan perkhimtan kami dengan harga yang berpatutan dan perkhidmatan yang berkualiti.

kami disini adalah physiotherapist yang telah terlatih dan mempunyai pengalaman. Antara perkhidmatan yang ditawarkan di pusat rawatan kami adalah seperti berikut :

Musculoskeletal (berkaitan dengan otot, tulang dan tisu )
1) sakit lutut ( knee pain)
2) saking belakang ( back pain )
3) sakit leher ( neck pain )
4) sakit bahu ( shoulder pain )
5) patah ( fracture )
6) radang sendi ( arthiritis )
7) terseliuh ( sprain )
8) kekejangan ( strain )
9) kecederaan tissue otot ( soft tissue injuries )
10) kecacatan anggota badan ( amputation )

Neurology ( urat saraf )
1) lumpuh/ angin ahmar ( stroke)
2) parkinson
3) Gullian Barre Syndrome GBS
4) Polio
5) cerebral palsy ( CP )
6) lemah tubuh badan ( body weakness )
7) bell's palsy / facial palsy
8) developmental delayed - children problems

Cardio

1) coronary artery bypass grafting rehabilitation - CABG
2) asthma
3) pneumonia

* selain daripada penyakit yang dinyatakan di atas,.. kami juga memberi perkhidmatan untuk penyakit yang berkaitan.. anda hanya perlu hubungi kami untuk permasalahan anda seperti nombor yang dinyatakn dibawah.

- kami jugak mengadakan kelas ( group therapy ) untuk penyakit :-
1. Osteoarthritis - radang sendi
2. Back pain - sakit belakang
3. Senaman sebelum & selepas bersalin - pre & post natal exercise
4. Senaman untuk warga tua - geriatric people



kepada semua yang mngalami masalah...JANGAN SEGAN JANGAN MALU nak hubungi kami untuk permasalahan anda,


kami disini akan cuba selesaikan masalah anda semua.




~ the hands that heal ~
unit physio centre picoms









Sunday, May 4, 2014

PEMBUKAAN CENTRE


MAIWP-PICOMS Physiotherapy & Rehabilitation Centre :-
  • beroperasi sepenuhnya pada pertengahan bulan april 2013.
  • ianya beralamat di :- 
           TINGKAT BAWAH,
           BANGUNAN WISMA BAITULMAL,
           LOT 132-138, JALAN IPOH,
           51200 KUALA LUMPUR

           03-40400454 / 011-23518019

  • Centre kami ini bersebelahan dengan Klinik Pusrawi dan Bank Rakyat Jalan Ipoh.
  • Selain itu, Center kami ini terletak di belakang bangunan PWTC